Tuesday, December 30, 2008

Bilik 705..towards a new era!! haha

Setelah semua control dan mendapat zacyot dalam semua subject, bara cuti winter sudah pun bermula. Walaupun cuti belum bermula dengan rasminya (ada finals Bio-organic Chemistry dalam masa 2 minggu setengah lagi), budak2 bilik 705 dan jiran-jirannya sudah rancak "meraikan" cuti ini. Dahulunya bilik ini hanya menjadi pit stop untuk rehat di antara masa belajar, sekarang, segala aktiviti dijalankan di sini. Dahulunya hanya untuk datang gelak-gelak dan keluar tetapi sekarang, datang gelak-gelak dan terus melekat. Haha. Aktiviti-aktiviti harian adalah seperti berikut:

#1. Main Winning Eleven sampai tak ingat dunia (rekod=kobe ngan pherem-sampai pukul 5)

Laptop kobe menjadi mangsa

Lauk penuh periuk....

Licin sampai menjilat periuk

#2.
Port untuk makan-makan ramai-ramai lepas tu biar siapa punya turn untuk cuci



#3. Belajar (sebab tak lepas zacyot Latin dan cuak untuk control Russian..wakakka)

#4. Tidur beramai-ramai sebab semua kong lepas main Winning E. Katil cantum pastu tidur. Like old times :)

#5. Masih menjadi port untuk gelak-gelak dan kutuk-kutuk. Bagi sesiapa yang ada dalam kutukan kitorang ini, minta maaf banyak-banyak. Hanya sekadar gurauan :)


#6. Tempat untuk movie and series marathon. Bergantung kepada tuan punya movie, series dan laptop.

Rasanya itu sahaja aktiviti kami b svabodnaye vremya sehingga ke hari ini. Segala aktiviti tambahan akan ditambah dari masa ke semasa. Sekurang-kurangnya satu aktiviti baru sekali?
:)

p/s: Sorry. 3 aktiviti terbawah itu tiada gambar. Pertama, sebab tidur dalam bilik satu privacy untuk ahli-ahli bilik dan sesiapa yang berada di dalamnya. Kedua, nak record gelak-gelak tu susah sebab orang yang nak merakam tu pun nak gelak juga. Ketiga, selalu tengok series atau movie dalam gelap. So, gambar tak jelas :). Sekian.


No comments:

Post a Comment