Saturday, June 6, 2009

Manusia tidak sempurna, Kesalahan dilakukan sentiasa...

Bas berlalu dengan perlahan,
Metro bergerak dengan pantas,
Terfikir idea semasa di kedutaan,
Menaip segala yang terlintas.

Jalan jauh mencari rezeki,
Dari Yugo sampai ke Arbat,
Kelibat makcik mempromosi "ruchki",
Rakan tertarik terus berminat.

Sesampai sahaja di Arbat,
Kerja dimula tatkala senja,
"Ruchki" menarik sangatlah hebat,
Lasernya sampai hingga ke sana.

Pabila bulan menelan sang suria,
Duduk sahaja berlantaikan punggung,
Tetapi sayang, disalah guna,
Membuat yang lain rasa tersinggung.

Ucapan maaf didahulukan,
Mungkin ia tidak mencukupi,
Segala ketidakpuashatian di alu-alukan,
Dari hamba yang hina ini.


Nota: "Ruchki" ialah pen dalam Bahasa Rusia :)

Sajak Sakaratul Maut..



review
dlm sajak ini,terdapat beberapa part dimana penggunaan dialog mungkin boleh dipertikaikan kerana ia juga buat saya berfikir juga(pd pendapat sy)..namun ambillah apa yang baik darinya sama2 ingat2kan sesama kita.semoga kite ambil pengajaran darinya..
insyaallah..
=)


ingatan tulus ikhlas tidak lain tidak bukan
utk hati yg paling dekat dengan mulut yg berbicara dan jari yg menaip ini..
dan saudara2ku yg lain jua..