Tuesday, July 6, 2010

cerita tentang masa lalu..



baru menonton siri upin dan ipin pukul 4 tadi.. tajuk: kami 1 malaysia..

opah dia ada kata, opah kecik2 dulu zaman jepun makan ubi kayu je.... budak2 pun buat2 la ubi kayu tu tak sedap la,tak best la..dan lain2..

tiba2 teringat zaman jepun..

realitinya, kita kini mengenali jepun pernah menduduki tanah melayu adalah melalui kewujudan cerita2 hantu berkenaan hantu jepun yang wujud di sekolah2..."tarbiyah" semenjak sekolah inilah yang menyebabkan kita terlalu yakin jepun penah menduduki tanah melayu satu masa dahulu..

pernah tak kita cuba ambil tahu,..bila jepun datang tanah melayu, kenapa dia nak tanah melayu, apa kesan dia sampai tanah melayu.. mungkin ada, kalau ada pun mungkin cikgu sejarah yang terpaksa tahu..

kita pernah dengar yang datuk2 kita dahulu hidup susah ketika zamn jepun...
antara keypoint2 penting yang tak lupa dikaitkan dengan seorang jepun adalah

"ubi kayu, air sabun, bakar radio, dan....pancung"
inilah keypoint2 penting sering diingatkan oleh datuk2 kita..

hakikatnya...kita dah terlambat..

-datuk2 kita mungkin berumur 60-70-80 tahun..ok la, kita ambil paling tua...80 tahun... bermakna dia lahir 2010-80= tahun 1930.... ketika era pendudukan jepun dan melawan komunis dalam tahun 1942-1943...datuk kita ni berumur 12-13 tahun... masih muda dan belum rasanya mampu join askar..

apa kaitan ngan kita?? perang dah tak da, syukur je laa..!!

ohhhhh....kita dah mula kehilangan golongan yang pernah berperang dengan jepun...dalam 20-30 tahun lagi, golongan yang pernah bersua dengan jepun akan pupus, dan dalam masa 50 tahun dari sekarang, hampir mustahil untuk berjumpa dengan mereka yang pernah mendengar laungan merdeka buat kali pertamanya..

dimana silapnya??

apa yang kita buat ketika merdeka..31 ogos tiap2 tahun...duduk rumah, tengok tv, adalah cerita patriotik sikit..pastu..habis.

yang pergi dataran merdeka pun sebab...saja nak jalan2...ada la yang nak tngok perarakan semua...tapi perarakan apa??? tiba dalam perarakan ada jabatan telekom malaysia, pusat kutipan zakat...tak ke pelik bunyinya???

PERARAKAN MERDEKA PATUTNYA PATRIOTIK!!!! HANYA UNTUK ASKAR, VETERAN2 PERANG, KERETA KEBAL, PARA, KOMANDO, TIME NI LA KITA KENA TUNJUK DEKAT PENDUDUK MALAYSIA... KITA ADA PEJUANG SEBENARNYA....YANG TAK PASAL2 MASUK TARIAN KEBUDAYAAN KENAPA????

veteran askar kita tak ramai, mereka belum lagi boleh berbangga jalan2 pakai baju celoreng pakai medal banyak2 dekat baju, bangga yang diorang pernah jadi askar dahulu...



dekat dataran merdeka kalau nampak pakcik2 macam ni...pakcik gila ke pakcik??

moral of story:

selepas england kalah dengan germany, pedih di hati tak terubat lagi..
portugal pula dihukum sepanyol ...
wakil asia, jepun, kecundang juga akhirnya..
akhirnya,,,tinggal belanda menjadi sokonganku sehingga hari ini....

england,portugal,jepun, belanda....macam pernah dengar je kan??

tak perlu senjata beribu, peluru berjuta, cukup hanya dengan kau wahai jabulani...

apabila kita leka, sentiasa yang ada untuk menghukum kita..

Thursday, July 1, 2010

Parsi 1000 ac vs Malaysia 2000 ac


prince of persia: sand of time ..ternyata sebuah filem mengarut yang dapat ditonton menjelang 2010.... olahan cerita yang menarik berakhir dengan ending bodoh di mana sebenarnya hero tu dah tekan siap2 pisau sand of time tu di awal filem bermaksud sejam++ cerita tersebut hanya ilusi hero terbabit...

tapi apa yang menarik??

Dastan(hero citer ni) merupakan seorang anak angkat raja... di "angkat" ketika lari dari askar rajam ketika itu, dastan berumur 6-7 tahun mungkin, kerana tertawan dengan aksi dastan ...raja bersetuju mengambil dia menjadi anak angkat...bla..bla..bla..bla... last sekali dastan kahwin dengan tamina.. habis..\

walaupun cerita mengarut, namun masih mustahil lagi dibikin oleh pengarah2 atau producer2 filem malaysia..

diawal cerita memaparkan dastan ini anak terbiar, tiada ibu tiada ayah, bermain di pasar bersama rakan2 sesuka hati...kerana ketangkasan dia berlari, akhirnya menjadi anak angkat raja juga salah 1 ketua angkatan tentera parsi (kut)

kejadian2 ini mungkin terjadi 1000 tahun lepas..

di dlam AL-QURAN pun ada menceritakan kisah nabi musa...di hanyutkan di sungai nil, akhirnya menjadi anak angkat firaun..

so...cerita prince of persia ini..MUNGKIN akan jadi 1000 tahun dulu..

2000...2010 lebih tepat..
-bagaimana nasib anak yang kini lahir kebanyakkannya luar rahim...??

antaranya tong sampah, toilet bowl cangkung, tangga belakang masjid, lorong belakang kedai dan tidak lupa juga sarang biawak

jika 1000 tahun dulu, mereka2 ini masih mempunyai masa depan yang cerah andai tiba2 muncul di depan raja pada masa dan tempat yang sesuai ketika raja datang melalui pasar untuk pulnang ke istana kediaman...

namun kini???
jika anda merupakan anak terbuang..ini mungkin terjadi..

-membesar tak tau jadi apa
-kemungkinan bernafas 1-4 jam selepas itu terus beredar ke alam barzakh
- andai di pergunkan oleh sindiket, anda akan di pergunakan untuk meminta derma di restoran2 ketika orang lain makan..
-pendidikan yang susah kerana tiada siapa nk support
-kasih sayang??? apa nak bagi
- belum ada anak luar rahim yang jadi perdana menteri lagi...( nak kerja kerani pun tak lepas)

bila besa??
-nak kahwen susah, jika anda seorang wanita..berbinti kan abdullah...harapan la mak mertua nk terima
-kalau nak belajar??? nak cekau mana scholar?? ptptn pun maybe x dapat, sapa nak jamin??
-usia tua(kalau sempat)...dihabiskan di rumah orang2 tua (benda ni pun terjadi kepada ibu bapa yang melahirkan anak biawak)

senang cerita..di Malaysia kini...andai anda merupakan anak luar rahim....kehidupan prelife,life, postlife anda amat sukar di bayangkan..

sistem kini menyebabkan jika anda anak luar rahim, maka tiada makna lagi lah anda hidup

mungkin 1-2 tahun lepas orang jumpa anda , orang masih lagi menjaga nada,
comel~~ mungkin...
tapi lepas 20-30 tahun....celah mana kau nk cari orang nk jaga kau??

moral:
alangkah indahnya hidup anak2 luar rahim yang hidup di parsi 1000 tahun dahulu, bukan sahaja kuat, malah berpotensi menjadi anak dan adik raja...dan kahwin dengan puteri raja... happily ever after..

jika anda lahir di malaysia 2000 ac..berbaloikah anda untuk terus hidup..

mungkin 1 hari malaysia akan ada prince of persia...