Tuesday, July 6, 2010

cerita tentang masa lalu..



baru menonton siri upin dan ipin pukul 4 tadi.. tajuk: kami 1 malaysia..

opah dia ada kata, opah kecik2 dulu zaman jepun makan ubi kayu je.... budak2 pun buat2 la ubi kayu tu tak sedap la,tak best la..dan lain2..

tiba2 teringat zaman jepun..

realitinya, kita kini mengenali jepun pernah menduduki tanah melayu adalah melalui kewujudan cerita2 hantu berkenaan hantu jepun yang wujud di sekolah2..."tarbiyah" semenjak sekolah inilah yang menyebabkan kita terlalu yakin jepun penah menduduki tanah melayu satu masa dahulu..

pernah tak kita cuba ambil tahu,..bila jepun datang tanah melayu, kenapa dia nak tanah melayu, apa kesan dia sampai tanah melayu.. mungkin ada, kalau ada pun mungkin cikgu sejarah yang terpaksa tahu..

kita pernah dengar yang datuk2 kita dahulu hidup susah ketika zamn jepun...
antara keypoint2 penting yang tak lupa dikaitkan dengan seorang jepun adalah

"ubi kayu, air sabun, bakar radio, dan....pancung"
inilah keypoint2 penting sering diingatkan oleh datuk2 kita..

hakikatnya...kita dah terlambat..

-datuk2 kita mungkin berumur 60-70-80 tahun..ok la, kita ambil paling tua...80 tahun... bermakna dia lahir 2010-80= tahun 1930.... ketika era pendudukan jepun dan melawan komunis dalam tahun 1942-1943...datuk kita ni berumur 12-13 tahun... masih muda dan belum rasanya mampu join askar..

apa kaitan ngan kita?? perang dah tak da, syukur je laa..!!

ohhhhh....kita dah mula kehilangan golongan yang pernah berperang dengan jepun...dalam 20-30 tahun lagi, golongan yang pernah bersua dengan jepun akan pupus, dan dalam masa 50 tahun dari sekarang, hampir mustahil untuk berjumpa dengan mereka yang pernah mendengar laungan merdeka buat kali pertamanya..

dimana silapnya??

apa yang kita buat ketika merdeka..31 ogos tiap2 tahun...duduk rumah, tengok tv, adalah cerita patriotik sikit..pastu..habis.

yang pergi dataran merdeka pun sebab...saja nak jalan2...ada la yang nak tngok perarakan semua...tapi perarakan apa??? tiba dalam perarakan ada jabatan telekom malaysia, pusat kutipan zakat...tak ke pelik bunyinya???

PERARAKAN MERDEKA PATUTNYA PATRIOTIK!!!! HANYA UNTUK ASKAR, VETERAN2 PERANG, KERETA KEBAL, PARA, KOMANDO, TIME NI LA KITA KENA TUNJUK DEKAT PENDUDUK MALAYSIA... KITA ADA PEJUANG SEBENARNYA....YANG TAK PASAL2 MASUK TARIAN KEBUDAYAAN KENAPA????

veteran askar kita tak ramai, mereka belum lagi boleh berbangga jalan2 pakai baju celoreng pakai medal banyak2 dekat baju, bangga yang diorang pernah jadi askar dahulu...



dekat dataran merdeka kalau nampak pakcik2 macam ni...pakcik gila ke pakcik??

moral of story:

selepas england kalah dengan germany, pedih di hati tak terubat lagi..
portugal pula dihukum sepanyol ...
wakil asia, jepun, kecundang juga akhirnya..
akhirnya,,,tinggal belanda menjadi sokonganku sehingga hari ini....

england,portugal,jepun, belanda....macam pernah dengar je kan??

tak perlu senjata beribu, peluru berjuta, cukup hanya dengan kau wahai jabulani...

apabila kita leka, sentiasa yang ada untuk menghukum kita..

No comments:

Post a Comment