Saturday, May 30, 2009

kisah si aurum


aurum...nama poyo bagi emas..

bagi siapa yang x kenal aurum.. aurum mempunyai atomic number sebanyak 79.. berada diantara argentum dan hydrargyrum dalam reactivitynya bersama elemen lain...
sangat lengai..


aurum sangat berharga.. jarang atau mustahil ditemui dalam lab sekolah.. x semua boleh memilikinya.. hanya orang2 tertentu sahaja,, harganya pun mencapai rm80 bagi 1gram.... di pakai oleh wanita atau lelaki yang kurang imannya untuk menunjukkan simbol kekayaan mereka.. dalam kelas electrode...

aurum terletak pada kelas ke 4...
kerana amatlah susah si aurum melepas kan electron beliau dan bereaksi bersama elemen2 lain... aurum x seperti logam2 lain ...mudah betukar ganti electron dengan sesiapa saja....... namun aurum lain....sucinya dia memang x dapat dipertikan kan lagi...

elemen2 lain sering mempergunakan aurum...aurum dijadikan saduran di atas mereka.. agar sinar mereka sama seperti aurum..namun.. pipit x kan jadi enggang.. elemen2 ini tiada harganya dikedai2 pajak gadai...saduran aurum pn makin malap dan perlu diganti baru... aurum x layak duduk bersama elemen lain... hanya bersama aurum sahaja tempat dia utk bersama....

sayang bagi aurum andai dia duduk bersama besi..memang mulia niat besi untuk menyelaput aurum.. untuk mengorbankan diri demi menyelamatkan aurum.. aurum amat gembira bersama mereka.. tanpa aurum sedari...besi mula berubah..besi bukan lagi besi yang kuat lagi..mula2 besi berubah hijau tatkala nombor oksida mencapai +2...kemudian,mencapai no oksida +3..besi menjadi coklat.. terlalu bermurah hati si besi memberi electron milik dia pada orang lain.. natijahnya pada si aurum..aurum tidak lagi dikelihatan..yang di lihat hanya besi karat yang tiada nilai pada luaranya.. walaupun masih ada aurum di dalamnya.. orang tidak melihat lagi..kerana pada luaran tiada apa lagi yang tinggal pada aurum.. aurum pun terus hilang bersama besi2 karat tadi..menyesal kerana x tinggal bersama aurum2 yang lain..

maka ALLAH ciptakan aurum untuk memberi pengajaran pada manusia...
agar berhati2 dalam memilih kawan..setiap manusia dijadikan sebagai aurum..memilih dalam hidup untuk memilih siapa..nilai seorang manusia ditentukan oleh diri sendiri..andai kawan mereka turut `aurum', maka beruntunglah si manusia.. namun,andai kawanya seperti besi,mudah memberi hak kepunyaan kepada sesiapa saja....maka rugilah si aurum tadi... kerana rupa besi akan menutup aurum secara perlahan..