Monday, June 14, 2010

Awak nak tanggung ke semua???

mengangkat 4 peti ais dan 6 bag raksaksa bukanlah 1 perkara yang menarik untuk di hebahkan...tambah2 lagi jika mereka berada di tingkat 5....bukanlah 1 aktiviti harian yang boleh menyihatkan badan... selepas selesai mengangkat barang2 ke dalam lori... rata2 peserta yang terlibat menyedari bahawa otot2 di badan telah mula membesar ibarat kratos watak utama permainan konsol "god of war".....



tidur itu nikmat..

dunia berlalu cepat...kini, sudah 8 page buku kredit ku di isi bermaksud tamat sudah semester ke 4 @ tahun 2...

selepas cuti bermula, bermula episod duka, apabila benda yang ditunggu tak seindah rupa,

riang di hati menunggu cuti,ibarat "debushka" mendapat barbie, tatkala datang menjelma hari di nanti, kini baru ku fahami..

hidup kosong tiada haluan, cuti diisi dengan kebosanan, mengharap ada kerja untuk di lakukan, tanda lupus tanda syukur seorang insan..

bila cuti bermula...78% dari hidup aku kini di depan laptop ... melawat facebook.... yang lain2 nya digunakan untuk menonton world cup dan tidur..

facebook....mengapa ketagihan padamu sedemikian rupa..??

facebook ini dikatakan empunya yahudi, namun kadang kesian yang si punya bicara, apabila semua benda hendak disalahnya, sempit otak mungkin berat baginya...
facebook punya connection memang tak dapat diragukan lagi, hampir 1 dunia mudah mengaksesnya...jadi, bila datang orang yang bawak propaganda, mudah benar caranya, memesongkan hati2 mereka yang kabur melihatnya..

mengapa lambang buaya di kasut kau samakan dengan kalimah ALLAH???? mungkin benar ada miripnya, namun kau tahu hati si pembuat kasut?? andai bukan itu yang di maksudnya.....dosanya pada siapa??

kotak tisu kau katakan punya lambang salib... mengapa sungguh dangkal kau berkata, sekadar corak penyeri muka, namun engkau sahaja dapat melihatnya, engkau kata ini agenda mereka, dengan hakim dan peguam mengikut anda punya kepala... andai si pembuat2 tisu terjejas periuk nasi mereka kerana "berita" anda, dan itu bukan sebenar maksud mereka... salahnya pada siapa??

pada zaman yang fitnah itu ibarat melihat budak2 makan twisties, tiada siapa yang pedulikannya, kadang2, umat sendiri yang menaikkan baranya, takut dengan bayang2 sendiri akhirnya sindrom kalimah ALLAH, tanda salib, dll terus dipermainkan..

memang kuat propaganda mereka, namun kenapa kita yang perlu campakkan baranya??

jadi..persoalan awal.... apa kaitan dengan facebook..???

berikut merupakan 1 contoh yang mudah..



mereka tak perlu mencampak bara bermain dengan emosi kita..
mereka tak perlu propganda hari2 menentang kita..
mereka hanya mencipta, dan tahu akibatnya hanya pada kita..

hamba Allah diatas merupkan seorang yang amat terkenal di negara kita, ada pendapatnya yang perlu kita tolak dan terima... namun apa yang dia tidak sedari, apabila orang sudah "buka akaun" di profile nya, setiap statusnya boleh mendapat 10-50 komen dengan mudah..

komen-komen..hmmmm,,,mudah bukan??
akhirnya,andai 50 orang tidak berpuas hati, 50 orang ini yang akan berperang sama sendiri, mengutuk, memfitnah dan pelbagai lagi..yang menyerang dan yang bertahan..kedua2 nya sama...fitnah itu diguna mereka..

jadi?? apa masalahnya

untuk renungan bersama..
dari 50 orang, mungkin 10 menyampaikan fitnah@maki@mencarut@mengutuk
50 orang hanya komen pada 1 status..
1 hari profile ini mungkin hanya 5 status dibuatnya..

setiap status itu, andai 10 orang yang "menyalah pakainya".. maka ingatlah, profile ini milik SEORANG sahaja..ini jika HANYA 10 ORANG!!

membuat, mereka dan menyebar fitnah...... kadang2 bukan niat kita, tapi cara kita membantu mereka..

sampai 1 masa... akan ditanya kepada kedua2nya...si pembuat dan penkomen status tersebut...siapa yang bersalah???

AWAK NAK TANGGUNG KE SEMUA???