Monday, September 21, 2009

AIDILFITRI DI BUMI INI............

Selamat hari raya diucapkan dan mohon ampun dan maaf seperti tahun2 sebelumnya... tahun ni alhamdulillah sebab 1 syawal jatuh hari ahad so budak2 ramai la yang dapat mehadirkan diri pegi embassy malaysia kat moscow ni.. ada yang sedih,ada yang gembira tapi yang pasti memang budak2 malaysia nampak seronok giler ar semalam specially budak 2nd year..sebab yang aku nmpak pn mmang 2nd year j pn..batch lain x tau la...meminjam kata2 kobe pada malm takbir raya "kita x da keluarga kat sini" menunjukkan bahawa sahabat2 dan member2 lah yang menggantikan keluarga kita walaupun kobe didapati cuba mewujudkan KELUARGA YANG BETUL kat sini...hahahaha

sepanjang 3-4 jam duduk kat embassy, aku dpat tengok semua muka happy budak2 batch aku..x da dah muka tension di sebabkan belum menghafal enzyme biochem, x hafal lagi mcq histo, anat x tau belaja smpai mna dah, dan lain2 lagi..

setelah memerhati sekian lama... aku telah melakukan 1 analisis tentang bagaimanakah sebenarnya jenis2 orang yang datang beraya dekat embassy malaysia semalam....:

1)ORANG2 YANG BERUNTUNG



mereka2 ni terdiri daripada pelajar2 yang duduk tidak beberapa jauh sangat dengan embassy malaysia yang berada di mosfilmovskaya ulitsa, moscow... oleh kerana kemudahan yang telah dikurniakan oleh Allah.. maka perjalanan mereka pn lebih pendek berbanding budak2 lain... kesannya..mereka dapat melakukan solat jemaah bersama jemaah malaysia yang lain di samping itu dapat berulang alik pada waktu petangnya untuk menikmati juadah yang telah disediakan.. wajah mereka juga tampak berseri dan nur pagi raya tu jelas kelihatan...

2)ORANG2 YANG RUGI



mereka ini terdiri daripada pelajar2 yang duduknya jikalau ditambah 2-3 km lagi maka cukuplah 2 marhalah daripada embassy malaysia...bukan lah dimaksudkan mereka ini terdiri dikalangan orang2 yang rugi tapi kerugian yang menimpa mereka sangat merugikan...kami x dapat sembahyang bersama jemaah yang laiun kerana setelah tiba maka khutbah raya pn sudah hampir berakhir...walaubagaimna pun pujian harus diberikan kerana kebanyakkan daripada mereka telah menetapkan waktu deringan jam telefon bimbit pada pukul 6 kerana bersemangat..namun silapnya...mereka tidur pukul 4...lantas...walaupun nada dering lagu nobody nyanyian wondergirls bergema sebanyak beberapa puluh kali, pkul 7.30 juga mereka terjaga..bayangkan..andai telefon itu di set untuk snooze setiap 5 minit,cuba kira dari pkul 6 sampai 7.30 berapa kali wondergirl telah nyanyi... sudahla itu pada waktu petangnya pula ramai yang x dapat menghadirkan diri kerana khuatir jika pulang daripada embassy pukul 5 petang lebih....lewat dinihari baru sampai rumah kat line ungu tu...namun..tetap ada hikmah disebaliknya..

3)PENTERNAK RASAKSA


berbanding rasaksa yang sering dibayangkan didalam cerita ultraman mahupun cybercorp yang ditayang kan lewat 90an dulu...rasaksa ini tidaklah ganas dan mencederakan orang ramai...namun..hati2!!! sekali terpegang rasaksa tersebut pasti terus dijangkita penyakit minda terpisah dengan kepala kerana kehebatan rasaksa tersebut...perkara ini telah terjadi kepada en.fizu bukan nama sebenar setelah meminjam rasaksa milik en.kumbang dan menjadi tidak tentu arah kerana terlalu excited....rasaksa yang diternak mereka ini didapati mempunyai hanya 2 phylum iaitu phylum CANONes dan phylum NIKONtra....kehebatan rasaksa mereka ini memang x dapat dipertikaikan lagi, kekuatan satu2 rasaksa tersebut terletak pada belalainya... lebih panjang belalai, lebih tinggi kuasanya..... namun ada juga golongan2 masyarakat biasa yang membawa haiwan perliharaan yang lebih kecil seperti OLYMPUSom dan CYBERSHOTe...senang dibawa dan orang lain pn x pinjam...


4)BERPACARAN


ini adalah menjadi satu kebiasaan kepada pelajar2 luar negara seperti saudara kobe tadi yang berpendapat bahawa kerana tidak mempunyai keluarga disini maka haruslah diwujudkan keluarga baru...mereka2 ini kelihatan begitu `sweet' bersama...namun, foto2 ini bukanlah keluarga2 yang wujud namun hanya sekadar contoh....identiti pelajar2 ini dapat dikesan salah satunya melalui cara pemakaian,biasanya mereka akan berdua akan memakai baju yang sama, paling tidak pun kaler baju melayu si lelaki ngan tudung si perempuan sama... ada juga pelajar2 yang menidaksengajakan diri memakai baju yang sama kaler ngan pujaan hati mereka setelah payah mencari warna kaler pujaan hati mereka itu sepanjang bulan ramadhan...yang ni nak cakap sweet pn segan.... oleh itu..cari lah yang benar2 halal untuk mu..(^_^)
ps:lelaki 2 orang tu x mempunyai hubungan apa hubungan, hanya menemani kawan yang x da sapa2

5)JUMPER

selalunya ada sorang ni dia akan ada kat mana2 tanpa kita sedari...setelah kita snap gamba, flash tekeluar..tengok skrin ....ehhhhh!!! dia ni ada....masa bila dia masuk???? setelah meneliti semua gambar2 raya orang ramai...ada sorang ni dia ada j....bukan semua gamba, tapi banyakla dia ni ada... gambar2 diatas telah diambil dari kamera nabilah zawahid, liyana nadia dan juga aimi iylia pada waktu pagi, tengahari dan petang.....tidak diketahui jikalau beliau ini yang terpaksa dirahsiakan namanya mempunyai genetic seorang jumper seperti lakonan hayden christensen yang dapat menteleport kan diri kemana2 sahaja tanpa mengira waktu...yang makin membengkakan hati yang kian parah ini ialah beliau begitu rajin men-tag rakan2 yang telah di-upload gambar2 mereka menjadikan notification daripada 1,2,3 berpotensi menjadi 20 keatas. inbox emai apa tah lagi..walaupun apa pun... kalau dia ni betul2 jumper..boleh gak bwak kita balik malaysia free2 kan... hopefully dia ni betul2 jumper...anywhere is possible..

apa2 pun..selamat hari raya..maaf zahir dan batin.....

my lovely batch...2008-2014


Tuesday, September 15, 2009

jalan ini...


ada orang cakap... yang kita hidup ni...x kira mcm mna pun...last2 nnt akhir dia 1 j..... so,x kisah la laluan mana pun yang kita lalu...akhir dia 1... sebab tu la ada org jahat, ada org baik..jalan2 diorang ni berbeza...... kalau orang yang open sangat, suka pikir macam ni... aku kurang setuju jgak la..sebab bagi aku jalan yang SATU tu, ada 1 j...... kalau ikut jalan lain, mmang x bley sampai pada yang SATU....

teringat aku dulu2 kat sekolah menengah (dirahsiakan)..masa zaman gelap dulu2..adalah menjadi tabiat sebelum beberepa2 bula hendak spm....teramatlah suka fly@sneakot@lompat pagar..apa lagi yang boleh??? term2 apa j la yang menunjukkan pergerakan keluar sekolah secara haram pada waktu malam...masa tu best gila rasa tanpa memikirkan bahaya2 yang menanti...

bandar yang berdekatan adalah balakong yang mempunyai the mines,cc,kedai mamak dan juga snooker..lantas pergerakan malam ini selalunya akan bergerak selepas isyak... selalunya dalam 10++ orang...ada jgak yang gerak 2-3 org j..tapi yang gerak sorang tu..tu gila namanya.. jalan untuk ke sana adalah satu padang golf yang bergitu besar menyebabkan kegiatan keluar sekolah ini sedikit mudah tanpa2 aksi2 lompat pagar..

halangan pertama:zink
zink merupakan kawasan yang amat gelap dan selalunya hanya dibantu oleh cahaya bulan jika malam tersebut bulan penuh menurut kalendar bulan islam... pelajar2 terpaksa melangkah beberapa dahan besar yang di letakkan sebelah zink...menurut kata org tua2(senior)..masa lalu kat zink ni, jangan pandang atas, nnt nampak benda lain...menjadi lumrah juga agar tidak melanggar zink tersebut agar tidak menghasilkan bunyi2 an takut2 keluar pada zink itu nnt ada peronda yang tangkap...

setelah selesai zinc poerjalanan diatas padang golf tersebut menjadi mudah..rombongan pelajar pn berjalan dengan riang sambil membincangkan aktiviti2yang mereka akan lakukan apabila sampai di balakong seketika nnt...

adalah menjadi peraturan yang boleh di kira jatuh hukum wajib kepada rombongan agar jangan menyebut nama MEOR....siapa meor??? meor merupakan seorang guru jurulatih yang amat disegani disekolah ku...dipercayai mempunyai power ajaib iaitu boleh berada di mna2..oleh itu.. org tua2 kata...jangan sebut nama meor 3 kali..bahaya..

sampai kat 1 tempat....ada 2 jalan terpisah..1 jalan amazon,,1 jalan buluh... rombongan pelajar harus memilih yang mana satu...

jalan buluh

jalan buluh ini gelap dan sedikit menakut kan...
cabaran: selalunya dekat jalan buluh ni ada bonzer tunggu, sebab dh banyak sangat kes budak2 keluar ikut jalan ini dan juga kes orang curi besi... maka kehadiran bonzer ini sedikit menggugat keberanian ketua rombongan, selalunya, hasil dari perbincangan antara rombongan dan bonzer membuahkan hasil ..... namun, jalan buluh ini menyimpan sebuah sejarah gelap, apabila seorang pelajar secara tidak sengaja membawa "makhluk lain" balik ke sekolah.... teruk jugak la budak tu kena.... oleh itu, jalan ini semakin kurang popularnya berbanding jalan amazon...


jalan amazon


jalan ini memang bez lah...dh la terang, dekat ngan balakong plak tu...menjadi pilihan kebanyakan pelajar2 kerana kedudukannya yang baik dan kurang merbahaya dari jalan buluh..kenapa amazon?? sebabapabila melalui jalan ni, kena lintas satu longkar besar yang air dia x beberapa nk dalam, namun andai hujan lebat menimpa, kawasan longkang tadi boleh berubah menjadi sungai serta memaksa penguna2 menggunakan jalan buluh
cabaran: perubahan takat air dan juga kedudukan longkang itu yang tidak jauh dari pondok pengawal padang golf tersebut memberikan cabaran kepada rombongan tadi..kadang2 apabila ternampak motor peronda lalu atau yang lebih menakutkan iaitu kereta peronda yang mempunyai 2 lampu liplap kaler biru kat atas dia..pelajar2 akan mempraktikkan ilmu yang di ajar di sekolah untuk menyorok x kira apa pn rupa muka bumi...

sampai kat balakong..diorang pn pegi makan, main cc, tengok wayang bagi yang berkemampuan dll lagi...kalau ingat balik memang best arghh....tapi sebenarnya cam bodoh gak sebab x pikir..hahaha...

nak balik sekolah balik memang malas...pikir kalau kantoi lagi..memang sakit hati...selalu pelajar2 akan balik sebelum subuh....

moral of d story:kalau nk buat apa2..pikir dulu..

Monday, September 14, 2009

kembali..

tahun ke 2 kat moscow.....benda x banyak berubah... kawan2 makin besar.. tanggungjawab pun makin banyak...

sekian lama x update blog ni....tiba2 rasa cam best plak kalau nk start menulis balik...dulu banyak tanggungjawab..sekarang kurang ckit...hahaha

dalam bulan2 posa ni ternyata moscow menyediakan pelbagai jenis cabaran yang ternyata mencabar setiap jatidiri insan yang mendiami didalamnya...baru 2 minggu macam2 jadi... tapi kalau pikir2 balik, tu yang buat ramadhan da nilai kan??? kalau setakat dduk bilik, laptop atas perut (merujuk kepada kawan bilik aku yang x tinggal sekali dh) buat pa???

dalam beberapa minggu lepas..terjadi sedikit ketidak puas hatian dikalangan rakan2 apabila rakan2 yang lain mendapat sedikit "kesenangan".... secara x langsung KITA bila mendapat kesusahan terus memaki hamun...mempersoalkan rezeki orang lain dan lain2...bukan semua buat tapi ramai...

cadangan lagi best plak ialah meminta agar elaun bulanan dinaikkan...menarik bukan?? di tengah2 orang lain lagi susah pada kita....kat negara kita tu dia berbukak makan apa x tau la... beras 10kg pn simpan 2-3 bulan...anak2 mintak baju raya tapi x bley buat...ada masa lagi tu kita nk pikir pasal diri kita..??????

ramai orang sekarang yang tahu apa tu syukur....tapi x tau sebenarnya syukur tu apa??? dalam kita susah... kebanyakkan orang sekarang ALLAH tu dh hilang dh....dok pikir pasal dia j.... x payah la nk cakap pasal orang miskin kat palestin k, indon k....nk buat pa...sebab x da kaitan ngan kita...betul x???

1 hari..masa aku mula2 sampai dulu...amatla aku bengang ngan nasib rakan2 aku yang lebih bernasib baik tu...ye la....diorang dpat hidup best....macam la keluar.....goverment x buat keja la, double standard la, ketidak adilan dunia la...macam2 lagi la keluar...
after semayang maghrib...aku baca surah al-baqarah jap...pastu tiba2 aku terdetik nk baca surah ad-duha sampai an-nas....aku pun bukak la page2 belakang al-quran tu...b4 dis hafal tapi x penah baca maksud pn... masa aku masuk surah asy-syarh...aku saja2 baca maksud ayat tu....ayat 5-6 ayat betul2 aku rasa headshot kat kepala aku.... aku rasa yang kadang2 aku hidup ni, hati aku terlepas dari kebergantungan aku kepada Allah... bila aku terbaca "sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kesusahan"........aku tersentap ckit ....sebab apa yang aku lalu 2-3 hari sebelum tu.... memang dalam kesusahan aku dan member2 aku tu tiba2 j ada j benda yang memudahkan....

moral of d story..... kita jangan jadi miskin hati...bergantung pada tali Allah adalah sekuat2 ikatan..sekuat mana pn kita, tetap Allah jugak yang cipta...ingat,usaha,n redha kat jalan dia...... hanya dia yang mampu...