Monday, September 21, 2009

AIDILFITRI DI BUMI INI............

Selamat hari raya diucapkan dan mohon ampun dan maaf seperti tahun2 sebelumnya... tahun ni alhamdulillah sebab 1 syawal jatuh hari ahad so budak2 ramai la yang dapat mehadirkan diri pegi embassy malaysia kat moscow ni.. ada yang sedih,ada yang gembira tapi yang pasti memang budak2 malaysia nampak seronok giler ar semalam specially budak 2nd year..sebab yang aku nmpak pn mmang 2nd year j pn..batch lain x tau la...meminjam kata2 kobe pada malm takbir raya "kita x da keluarga kat sini" menunjukkan bahawa sahabat2 dan member2 lah yang menggantikan keluarga kita walaupun kobe didapati cuba mewujudkan KELUARGA YANG BETUL kat sini...hahahaha

sepanjang 3-4 jam duduk kat embassy, aku dpat tengok semua muka happy budak2 batch aku..x da dah muka tension di sebabkan belum menghafal enzyme biochem, x hafal lagi mcq histo, anat x tau belaja smpai mna dah, dan lain2 lagi..

setelah memerhati sekian lama... aku telah melakukan 1 analisis tentang bagaimanakah sebenarnya jenis2 orang yang datang beraya dekat embassy malaysia semalam....:

1)ORANG2 YANG BERUNTUNG



mereka2 ni terdiri daripada pelajar2 yang duduk tidak beberapa jauh sangat dengan embassy malaysia yang berada di mosfilmovskaya ulitsa, moscow... oleh kerana kemudahan yang telah dikurniakan oleh Allah.. maka perjalanan mereka pn lebih pendek berbanding budak2 lain... kesannya..mereka dapat melakukan solat jemaah bersama jemaah malaysia yang lain di samping itu dapat berulang alik pada waktu petangnya untuk menikmati juadah yang telah disediakan.. wajah mereka juga tampak berseri dan nur pagi raya tu jelas kelihatan...

2)ORANG2 YANG RUGI



mereka ini terdiri daripada pelajar2 yang duduknya jikalau ditambah 2-3 km lagi maka cukuplah 2 marhalah daripada embassy malaysia...bukan lah dimaksudkan mereka ini terdiri dikalangan orang2 yang rugi tapi kerugian yang menimpa mereka sangat merugikan...kami x dapat sembahyang bersama jemaah yang laiun kerana setelah tiba maka khutbah raya pn sudah hampir berakhir...walaubagaimna pun pujian harus diberikan kerana kebanyakkan daripada mereka telah menetapkan waktu deringan jam telefon bimbit pada pukul 6 kerana bersemangat..namun silapnya...mereka tidur pukul 4...lantas...walaupun nada dering lagu nobody nyanyian wondergirls bergema sebanyak beberapa puluh kali, pkul 7.30 juga mereka terjaga..bayangkan..andai telefon itu di set untuk snooze setiap 5 minit,cuba kira dari pkul 6 sampai 7.30 berapa kali wondergirl telah nyanyi... sudahla itu pada waktu petangnya pula ramai yang x dapat menghadirkan diri kerana khuatir jika pulang daripada embassy pukul 5 petang lebih....lewat dinihari baru sampai rumah kat line ungu tu...namun..tetap ada hikmah disebaliknya..

3)PENTERNAK RASAKSA


berbanding rasaksa yang sering dibayangkan didalam cerita ultraman mahupun cybercorp yang ditayang kan lewat 90an dulu...rasaksa ini tidaklah ganas dan mencederakan orang ramai...namun..hati2!!! sekali terpegang rasaksa tersebut pasti terus dijangkita penyakit minda terpisah dengan kepala kerana kehebatan rasaksa tersebut...perkara ini telah terjadi kepada en.fizu bukan nama sebenar setelah meminjam rasaksa milik en.kumbang dan menjadi tidak tentu arah kerana terlalu excited....rasaksa yang diternak mereka ini didapati mempunyai hanya 2 phylum iaitu phylum CANONes dan phylum NIKONtra....kehebatan rasaksa mereka ini memang x dapat dipertikaikan lagi, kekuatan satu2 rasaksa tersebut terletak pada belalainya... lebih panjang belalai, lebih tinggi kuasanya..... namun ada juga golongan2 masyarakat biasa yang membawa haiwan perliharaan yang lebih kecil seperti OLYMPUSom dan CYBERSHOTe...senang dibawa dan orang lain pn x pinjam...


4)BERPACARAN


ini adalah menjadi satu kebiasaan kepada pelajar2 luar negara seperti saudara kobe tadi yang berpendapat bahawa kerana tidak mempunyai keluarga disini maka haruslah diwujudkan keluarga baru...mereka2 ini kelihatan begitu `sweet' bersama...namun, foto2 ini bukanlah keluarga2 yang wujud namun hanya sekadar contoh....identiti pelajar2 ini dapat dikesan salah satunya melalui cara pemakaian,biasanya mereka akan berdua akan memakai baju yang sama, paling tidak pun kaler baju melayu si lelaki ngan tudung si perempuan sama... ada juga pelajar2 yang menidaksengajakan diri memakai baju yang sama kaler ngan pujaan hati mereka setelah payah mencari warna kaler pujaan hati mereka itu sepanjang bulan ramadhan...yang ni nak cakap sweet pn segan.... oleh itu..cari lah yang benar2 halal untuk mu..(^_^)
ps:lelaki 2 orang tu x mempunyai hubungan apa hubungan, hanya menemani kawan yang x da sapa2

5)JUMPER

selalunya ada sorang ni dia akan ada kat mana2 tanpa kita sedari...setelah kita snap gamba, flash tekeluar..tengok skrin ....ehhhhh!!! dia ni ada....masa bila dia masuk???? setelah meneliti semua gambar2 raya orang ramai...ada sorang ni dia ada j....bukan semua gamba, tapi banyakla dia ni ada... gambar2 diatas telah diambil dari kamera nabilah zawahid, liyana nadia dan juga aimi iylia pada waktu pagi, tengahari dan petang.....tidak diketahui jikalau beliau ini yang terpaksa dirahsiakan namanya mempunyai genetic seorang jumper seperti lakonan hayden christensen yang dapat menteleport kan diri kemana2 sahaja tanpa mengira waktu...yang makin membengkakan hati yang kian parah ini ialah beliau begitu rajin men-tag rakan2 yang telah di-upload gambar2 mereka menjadikan notification daripada 1,2,3 berpotensi menjadi 20 keatas. inbox emai apa tah lagi..walaupun apa pun... kalau dia ni betul2 jumper..boleh gak bwak kita balik malaysia free2 kan... hopefully dia ni betul2 jumper...anywhere is possible..

apa2 pun..selamat hari raya..maaf zahir dan batin.....

my lovely batch...2008-2014


2 comments: