Saturday, March 7, 2009

w0Men's DaY

kepada:
suma wanita yang bergelar ibu..
terutamanya ibu kepada warga blog 705...


tanggal 8 haribulan mac ini.. anak2 mu ini sedang berjuang di perantauan...
namun tidak kami lupa tarikh keramat ini merupakan tarikh bermakna.. pastinya bagi wanita... warkah ini khas ditujukan buat ibu2 kami di malaysia..

ibu,
Hampir 5 bulan
Anak2 mu di perantauan ini tidak bersua muka
Sayu bila melihat anak kecil didakap seorang ibu..
Namun
Apakah daya anak2mu dlm jihad mengejar ilmu bekalan
Hari2 mendatang..

Rindu kami padamu terlampau dalam..
Andai mampu kami redah lautan pasific..
Sudah tentu hadir kami dengan sekuntum bunga.
Ibarat penghargaan dan pengorbanan...
Letih dah lesu mendidik kami..
Ampuh melayan karenah..
Hanya kerna tanggungjawab seorang insan bergelar ibu...

Masa mungkin berlalu pantas.. namun..
Andai mampu ku putarkan jarum jam...
Hari pasti lebih pantas berlalu..
Entah berapa lama lagi kami terpaksa menunggu..
Rasa rindu membuak dihati...
Antara ilmu dan berjauhan denganmu..
Mengorbankan rindu buat seketika.

Zahir anak2mu mungkin nampak teguh..
Andai kata dikopeknya zahir itu...
Lantas batin pasti terselah... penuh dengan kerinduan..
Emel umpama warkah pengerat kasih disamping
Himpunan doa dan pesanan buat insan yang bergelar
Anak...

Adalah fitrah manusia..
Mendambakan kasih sayang..
Inginkan kasih dan belaian mesra seorang ibu..
Namun
Anak2mu ini perlu berjuang mengejar ilmu... sabarlah
Hari itu pasti akan tiba

Fitrah hidup saling melengkapi... namun anak2mu disini
Aidilfitri tanpa rendang ibu...
Aidiladha tanpa suasana keluarga... namun..
Impian dan cita mengorbankan semua itu..
Zahir dan batin kami teguhkan..
Atas rasa tanggungjawab berilmu demi
Hari2 mendatang..

Menunggu saja yg kami mampu lakukan..
Entah masih mampukah kami..
Naluri seorang anak kuat mengatakan..
Anakmu pasti akan pulang dengan ijazah..


kepada ibu2 kepada syed danial( HASNAH), qaiyum(RASILAH), fuad(MAHERAM), Syahir(ZALEHA),prem(MENA),qusyairi(faaizah) dan ariff(AMINAH)...
doakan kejayaan anak2mu disini..


HaPpY wOmEn'S DaY

Friday, March 6, 2009

kesempatan ini hanya datang sekali...

kesempatan itu datangnya sekali..


Jagalah milikmu selalu..
Kerana tidak selamanya kamu dapat
memilikinya..
Nikmatilah setiap waktumu bersamanya..
Kerana mungkin esok kamu akan kehilangannya..
Hari ini dia disampingmu,..
tapi apa yg kau lakukan pada kehadirannya?..
ada diantara kita,
bahkan tidak sempat menemuinya,
tapi kamu..?waktu itu die tetap membelasmu,..
kamu..? hanya tolehan sepintas kau lemparkan
Harusnya kau sadar..
tak selamanya dia akan menunggu kamu
Waktu langkahnya bermula,
kamu hanya mampu meredhakannya ..
Waktu dia sudah jauh berlalu pergi,
kerna menyahut seruan itu,
Kamu baru sadar dan memanggil,
jangan pergi...!
dan mengharapkn dia akan datang semula..
Dia hanya menoleh dan melihatmu sekilas.
Tetapi dia tidak tersenyum padamu..
Seperti yang slalu dilakukan padamu
satu ketika dahulu..
Semua sudah terlambat..
Kau telah melepaskan..
Membawamu pada kesendirian, kesedihan
dan penyesalan..




So, sebelum itu semua terjadi
Berikanlah yang terbaik
Untuk orang sesuatu yg korg sayangi
untuk seseorg yg engkau rindui

dan manfaatkan lah sebaik2nya segala peluang
dan kesempatn yg hadir dalam hidup kalian wahai kawan2ku..

mungkin hati di sana tertanya2,
tikaku andaikan segala rangkap ini,
segala cebis picisan nurani ini,
pelbagai andaian atau tafsiran

mampu kalian lintaskan di benak..
mengapa dan siapakah manusia yg aku gambarkan ini,
mungkin jua untuk si teman, ataupun sipacaran,
ambillah ianya ini sebagai
peringatan yg tidak lain tidak bukan
untuk hati manusia yg paling dekat dengn mulut yg melafaz
dan jemari yg menaip barisan2 kata2 ini,
yg disampaikan untuk tujuan pedoman dan ingatan,
tidak lain tidak bukan juga warkah ini untuk seorang insan,
yg mungkin jauh dimata,
tapi aku janjikan dirinya tetap dihati..

tulus buatmu ibu,

unjuran dari post qaiyum di bawah,
Puan Zaleha,Puan Hasnah,Puan Rasilah,Puan Maheram,Puan Mena dan Puan Aminah,
happy women's day..=)


tanpamu tiada diri kami disini,
walau dimana jua kami berdiri,
walau bagaimana kami cuba berlari,
walau betapa jauh nun kami di sini,
kalianlah serikandi,
insyaallah x akan kami patri dihati,
kerana kesempatan ini hanya datang SEKALI..


-pen off-