Sunday, July 24, 2011

cinta blablablabla

masa aku 1st year, ada sebuah cerita...ayat2 cinta....semua suka dan kagum berebut2 nak tengok ayat2 cinta.... jalan ceritanya mudah, bahasanya pun indah...yang lelaki kepingin wanita seperti aisyah, dan wanita menginginkan seorang "fahri".... penangan ayat2 cinta...

semakin lama, cerita "ayat2 cinta" semakin bertambah... di tambah dengan ketika cinta bertasbih, malaysia kemudian menyerang balas dengan "syurga cinta", ayat2 sedap sepeti:
- jodoh itu datang dari 3..tuhan,jin,(lupa) sering kedengaran ........ fatwa david teoh mungkin...

nur kasih, tahajud cinta...... kenapa drama macam ni banyak???
rata2 yang suka tengok cerita "cinta"...ialah remaja, zaman tengah darah muda..
ibu2 @ surirumah mungkin lebih berminat dengan drama2 keluarga manakala sang ayah hanya tahu chanel ESPN dan eurosport... bukan majoriti..rata2nya..

kadang2 kita marah , mudah melatah, baju kuning kita "angkat"........ semangat untuk melawan.... kerana remaja kita kurang perjuangan.... negara dah aman, cukup pakaian dan makan, kita dah x tahu nak buat apa...lantas kita berjuang mengikut darah muda, benar atau salah kita letak tepi sebentar...

kadang2 kita kena berhenti seketika....bercakap tentang cinta, yang x habis nak bawa ke mana.... mulut berkata: jodoh itu di tanganNYA.... hati berkata:bila,bila,bila??
lantas, fokus kita hanya pada cinta...

tak di nafikan, ayat2 cinta mungkin lebih baik dari "romeo & juliet".... pengajaran syurga cinta lebih baik dari laila isabella.... ketika cinta bertasbih jauh lebih bagus dari dealova.........namun kita nak bercinta sampai mana??

abang2 dan kakak2 usrah.........mereka bukan tempat untuk kita berbicara tentang baitul muslim sahaja, sehingga apabila baitul muslim itu ringan di bibir kita tika usrah...

cerita2 ini perlu di hentikan sebentar, bukan menahan perasaan pemuda, memang, cinta mana x indah??? namun perjuanagan kita masih banyak....

kita perlukan cerita sang pencerah: perjuangan kiyai ahmad dahlan.....filem patriotik mungkin: darah satria, wira angkasa, leftenan adnan........drama perubatan, sains forensik, .... yang penting....kita ISLAMkan cerita2 ini....

mungkin 1 hari di kaca tv....

1)ada cerita tentang askar, yang solatnya amat terjaga, puasanya tidak terbatas oleh kerja, dia bekerja kerana ALlah,,dan akhirnya...dia pulang sebagai syuhada..

2)kisah remaja bermain bola, namun aurat mereka x dilihat, waktu solat mereka solat, pemain bola yang pada yang sama pelajar yang berjaya

kalau di fikirkan sejenak, kalau kita buat cerita2 macam ni, siapa yang nak tengok kan???



kagum dengan cerita JUVANA TV3, bukan cerita melayu biasa...walaupun x sehebat cerita dari barat, sekurang2 nya keluar dari kempompong cerita melayu...

akhir kata:
bila menonton ayat2 cinta.... mendengar lagu UNIC-hanya tuhan yang tahu... hati kita ingat pada siapa sebenarnya???

Tuesday, February 1, 2011

pengajaran dari mesir.





sedia maklum, mesir sekarang tengah huru-hara...

gara2 pemerintah yang kejam, rakyat dah suruh turun pun gagah gak nak memerintah.... peristiwa ni berulang2...

dulu, shah iran pun gagah jugak, masa tu, parsi(iran) mempunyai tentera ke5 terkuat kat dunia dan baru menyambut ulang tahun 2500 tahun...gila apa 2500 tahun family dia j memerintah parsi tu...tapi ketentuan Allah....jatuh juga akhirnya shah iran...

rusia pun sama, revolusi bolshevik memaksa keluarga romanov yang juga baru menyambut ulangtahun ke 300 dinasti romanov berundur dari takhta sebelum dibunuh pada tahun 1917..

perancis.....harga yang dibayar oleh keluarga diraja untuk 1 revolusi adalah dengan kepala raja louis ke16 dan permaisuri marie antoinette di penggal 1793...

dimana2 pun sama, tidak kira setinggi mana berkuasa, ketentuan Allah di luar pengetahuan kita....

setinggi mana pun seorang pemimpin, semewah mana pun raja,1 ketika tatkala rakyat mula jelek dengan sikap kuku besi dan rasa penuh tidak bersalah menghabiskan duit rakyat....raja pun tunduk juga...

ciri2 raja diatas semuanya sama..
1) berasal dari monarki yang dah lama sangat memerintah
2)membenci rakyat mereka dan rakyat juga membenci mereka
3) harta kerajaan buat harta sendiri
4)mempunyai isteri,tapi sayang.... isteri ini yang membuat mereka lebih dibenci..si isteri hanya tahu berbelanja tak ingat dunia, beli baju berkereta2,namun duit milik rakyat jelata,harga dibayar dengan air mata..

beza mereka dengan khalifah.....??
khalifah menolak diri mereka menjadi raja,

umar abd aziz menitik air mata ketika mengetahui dirinya menjadi khalifah, bajunya hanya 1 dan hanya dibasuh pabila hari jumaat dan dibiar kering sebelum pergi solat jumaat, pada waktu lapang..dia juga membantu isterinya di dapur..

mutassim mahu mengerahkan seluruh angkatan tentera yang dia ada apabila dia terdengar di satu tempat jauh ada wanita yang sedang di sakiti menyebut namanya..

salahudin al-ayubi kurang gemar senyum dengan alasan...bagaimana harusku senyum, jerusalem masih ditangan kristian dan yahudi

namun dimesir sekarang kian parah...dikelilingi negara islam, namun tiada siapa membantu, yang tahu hanya mengambil rakyat sendiri dan blah...
orang arab sangat gah pakaianya, jubah mereka mahal2 belaka,tapi sayang..mereka terlalu cintakan dunia

khalifah....
jikalau kau ada..tentu kau mendengar tangisan wanita dirogol di iraq sana..
malam kau tak dapat lena terfikir apa yang dimakan kanak2 di gaza..
hatimu gundah terfikir banduan islam di guantanamo dan abu gharib diseksa..
akal mu diperah hendak menawan israel durjana....
takut mu dihati menerima harta rakyat jelata..
matamu basah,memikir jawapan hendak diberi nanti diakhirat sana..
hayunan pedangmu pantas memotong mereka yang mengambil hak saudara kita..
di hatimu akhirat, ditanganmu dunia..
tugas khalifah kau merasa beban, tak pernah kau berbangga..
tubuh kau kuat,hendak menawan dunia..

wahai khalifah...bila kau kan tiba???

Friday, January 21, 2011

ты идешь

hahahahahaha...aku x tau nak letak apa kat blog ni..nak tulis x da benda best...
jadi..apa yang kita boleh buat adalah copy n paste lagu.....

kau pergi.....apsal lagu aizat ni sedih sangat??

tambah2 lagi orang komen kat bawah tu tulis teringat dekat ibu dia....
dan lagu ni dalam filem talentime pun memang perform lepas ibu dia meninggal..
sedih oooooo...

selepas 25 tahun anugerah juara lagu,bayangkan....
1 lagu j yang dibuat untuk ibu..... exist-ibu....selepas 25 tahun!!!!!!!!!!!

1 AJl ada 12 lagu
25 AJL??? 300 lagu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
sekali j kita boleh ingat dekat ibu????
haihhhhhhhh

ko boleh buat ghazal untuk rabiah , isabella , balqis , mimpi laila
tapi ibu???

sedih atau tidak???



"kaulah laguku,kau irama terindah, tak lagi aku dengari,,,,"

kau pergi....

Wednesday, January 12, 2011

kisah sang ratu...

zaman dulu kala..
tatkala masih di sekolah lama..
sedang termanggu bersama teman..
pernah bercerita suatu kisah..kisah sang ratu..

ratu ini kisahnya biasa..
seperti cerita puteri dan putera raja..
dahulu terdapat seorang hamba sahaya..
kais pagi...malam belum tentu ada rezekinya..

namun si hamba punya cinta...
bukan kepingin puteri raja..
sang puteri katanya belum kenal dunia..
cita2nya besar...
berkehendakkan isteri raja..

lantas diculik sang ratu dari katil raja..
persetankan mara dan bahaya...
kini senyum boleh dukir dipipi..
sang ratu sudah hamba miliki..

membela sang ratu...mahal harganya..
hamba tak kais pagi lagi...tengah hari, petang, malam turut dikaisnya..
manakan mahu sang ratu memakai perca rakyat jelata..
hati sang ratu mahu sutera dari china..

maka peninglah si hamba...
baju di badan ,tampungnya sudah tak terkira,
namun kasih kepada si ratu terlampau besar nilainya..
ditempah sampan lama..didayung perlahan ke negara china..

di istana raja menjadi murka...
ratu ntah hilang dimana...
dari tabib sampai nujum diraja..
diseru semua mencari isterinya..

12 purnama berlalu..
si hamba dan sang ratu hidup gembira..
raja diistana semakin murka..
pantang salah..pancung dan sula..

si hamba mendapat tawaran raja utara..
berani menagharung samudera ke china..
dari hamba kini ditukar segera..
dulu hamba kini laksamana..

laksamana terpaksa berlayar ke nagara utara .
tinggal sang ratu di teratak kayu cendana..
lara dihati sukar dikata..
laksamana pergi berpurnama lamanya..

kini sang ratu menjadi nekad..
berbekal pisang beberapa sikat..
mahu berlayar tak tahu tempat..
sanggup hidup merempat..

laksamana terlalu rindu sang ratu..
dihantar utusan.. sesat di di hulu..
namun kernah kasih kononnya...
setia laksamana usah di duga..

hajat sang ratu ke negara utara..
sampai ke barat juga tibanya..
namun sang ratu tak pula berduka..
hari ke hari...bertambah gembira..

tembakan meriam mula bergema..
tanda tiba raja negara lama..
singgah di barat..untuk seketika..
bertemu sang ratu,,,ayu wajahnya

sang ratu kini menjadi alpa..
untuk apa hidup dengan laksamana..
kaya si raja memang tak terhingga..
lupakan laksamana....kini kusudah punya raja..

sampai berita di telinga laksamana
hancur hati usah di cerita..
cinta sang ratu lama didambanya..
akhirnya tewas di kaki raja..

mungkin salah laksamana
mahu wanita tak ingat kasta..
namun memang salahnya..
mencuri hak milik seorang raja..

demi cinta sang ratu..
hamba kini tak segagah dulu..
pulang dia kenegara lama..
pulang dia menjadi hamba..

raja dan ratu hidup gembira..
hamba menangis..menahan derita.
hati tersentak..lidah terkelu...
terkenang cinta sang ratu...

Tuesday, December 21, 2010

saya teringat akan kamu dan kamu..


mungkin tajuk ini agak lain bunyinya , namun dijamin tiada adanya tajuk ini berkaitan dengan seseorang mahupun hamba Allah yang lain..



berada di bumi moscow ini membuatkan diri kadang-kadang teringat akan mereka.

semestinya family adalah yang terutama.

namun mereka- mereka ini juga adalah sebahagian diri ini..

andai yang selalu berjumpa masih rindu apatah lagi yang jauh entah dimana. masih wujud ataupun tidak siapa yang tahu...



yang no 1.

haha.. yang ini paling dirindui antara mereka semua.. menatang nie kalau kena dengan tempoyak memang meletup... tapi kat sini memang beruban la kalau nak cari..

yang no 2






yang ini adalah saudara kepada yang no 1.. memang sedap kalau kena dengan sambal belacan pastu perah asam limau skit kat atas.... haha..


adverse effect no 1 dan 2..

1. apabila anda bercakap , kurangkan jarak anda dengan rakan- rakan anda , kerna takut di pandang serong.

2 andai selepas beberapa jam anda makan no 1 dan 2 dan anda menggunakan tandas (buang air kecil).gunakan air secukupnya untuk menghilang tinggalan radioaktif yang berbahaya, jika tidak pasti terdengar

" woi sapa pakai bilik yaq nie, bau haring sgt aih"

yang no 3



yang ini kalau dimasak lemak dengan udang rimau.. amatlah nikmat rasanya.. ( terliur sambil menulis)..

sedapynya memang tak terkata. andai kfc dinner plate di kiri dan masak lemak belimbing buluh di kanan. automatiknya yang kanan terus dipilih..

bila makan konfirm tak tengok lauk lain dah..


yang no 4


ini adalah antara ulam yang diminati.. kalau dulu secekak 5 kupang. la nie secekak dekat 2 ringgit pon ada.. kalau dulu pucuk paku nie tgk kat tepi rumah buat bodo ja.. la nie pakat berebut nak jual kat pasar tani..

menatang nie kalau buat kerabu dengan udang tak pon dengan kerang... memang masyyyyuuukkk..



yang no 5


yang ini namanya rebung.. ianya amat di minati oleh kaum ibu sebelah ibu dan bapa.. kenyataan ini amat bersangkut paut dengan tuan penulis ini...

" ceq!! mak teringin nak makan rebung la, ceq pi tolong tengok kat tepi sungai sat"

" awat x pi beli ja mak?" tanya anak dengan muka meminta ihsan

" nak pi buang duit buat pa, kat sungai tu berlunggok"..

hahaha..
cam na pon last sekali mesti aku yang kena punya la. tapi tak pa.. untuk mak sndri kot..

yang n0 6





mereka semua di klasifikasikan sgerombolan kerna mereka semua mendiami habitat dikawasan sungai belakang rumah "mak wan".. hahaha

memang syok kalau dok maka depa..

" mak wan!! nak buah remia boleh dak?"

" amek la wang oooo kalo mu leh kait wak tughun"

tersenyum aku..

yang no 7

nie nama dia buah rokam..
dah lama dah tak jumpa buah nie.. rasa dia masam manis,.. tgk buah jugak la..

ada sekali orang rumah mengidam nak makan buah rokam.. jenoh melompat laki dia pi cari.. pi cari merata. risau takut tak jumpa meleleh ayaq kiuq anak nanti..

tapi nasib baik la jumpa..


yang no 8




nie nama dia buah kelubi.. bukan buah salak.. buah salak muncung dia lain sikit.

sekali lagi diperingatkan yang ini adalah buah kelubi..

dulu ada seorang member dengan kawan dia( cina ) dari KL.. saja mai kenduri member.. alang2 mai kedah dia mai tidoq rumah aku..
nak kata ada rezeki dia , ada la buah kelubi dok tergantung dekat bangsal rumah aku..
dia amek pastu 'ngap' terus..

3 saat selepas itu.

"asal buah salak nie lain je rase?" kata member aku yang cina tu

tok aku yang ada kat situ pecah perut gelak.

pastu dia jawab "yang tu bughok kot, pa hang pi ghasa sebiji lagi"

member aku pon layan , 'ngap' lagi sebiji.. terus senyap.

lalu konklusinya dari member cina aku nie

" orang kampung tak pandai tanam buah 'SALAK' , rasa dia masam dan kelat sikit"

hahahahaha.. ( harap awak sedang membaca wahai apek)..



yang no 9


ini buah sukun

rasa dia memang sedap..
kalau time hujan ada cucoq sukun , pastu kena pula kopi cik nah. memang syok..

tapi bila makan banyak - banyak pon bahaya jugak.

" Yum!!, mai urut tok wan sat, lenguh ngat aih badan nie "
"nie tok hg punya pasai la, yang dia jamu aku cucoq sukun buat pa"

adverse effect
1. sakit urat,

yang no 10

ialah sejenis menatang yang sedap di buat masak lemak dengan nenas..
ingat lagi time kecik- kecik , balik ja sekolah terus tukaq baju..
naik gerek pi bendang tok wan..
nak pi cari siput nie la.. dari pukol 4 smpai maghrib dok pi cari siput nie. kadang2 smpai azan maghrib baru nak reti nak balik..

tapi
balik ja rumah terus kena balun dengan tali pinggang la.. sebab balik lepas maghrib pastu dengan baju berlemoih dengan selut.

tapi bila mak tengok siput penuh seplastik, terus senyum smpai ke telinga..
tapi tali pinggang mesti kena..
hahaha.


kalau dulu siput nie tidak bernilai kot , tapi la nie dekat pasar tani mahai x beragak..



sekian saja kali nie..

sebenarnya banyak lagi benda yang diinginkan ada di moscow nie.. tapi tak pa la..

kita berpegang pada prinsip

"masuk kandang lembu makan rumput, masuk kandang monyet makan pisang"



Tuesday, July 6, 2010

cerita tentang masa lalu..



baru menonton siri upin dan ipin pukul 4 tadi.. tajuk: kami 1 malaysia..

opah dia ada kata, opah kecik2 dulu zaman jepun makan ubi kayu je.... budak2 pun buat2 la ubi kayu tu tak sedap la,tak best la..dan lain2..

tiba2 teringat zaman jepun..

realitinya, kita kini mengenali jepun pernah menduduki tanah melayu adalah melalui kewujudan cerita2 hantu berkenaan hantu jepun yang wujud di sekolah2..."tarbiyah" semenjak sekolah inilah yang menyebabkan kita terlalu yakin jepun penah menduduki tanah melayu satu masa dahulu..

pernah tak kita cuba ambil tahu,..bila jepun datang tanah melayu, kenapa dia nak tanah melayu, apa kesan dia sampai tanah melayu.. mungkin ada, kalau ada pun mungkin cikgu sejarah yang terpaksa tahu..

kita pernah dengar yang datuk2 kita dahulu hidup susah ketika zamn jepun...
antara keypoint2 penting yang tak lupa dikaitkan dengan seorang jepun adalah

"ubi kayu, air sabun, bakar radio, dan....pancung"
inilah keypoint2 penting sering diingatkan oleh datuk2 kita..

hakikatnya...kita dah terlambat..

-datuk2 kita mungkin berumur 60-70-80 tahun..ok la, kita ambil paling tua...80 tahun... bermakna dia lahir 2010-80= tahun 1930.... ketika era pendudukan jepun dan melawan komunis dalam tahun 1942-1943...datuk kita ni berumur 12-13 tahun... masih muda dan belum rasanya mampu join askar..

apa kaitan ngan kita?? perang dah tak da, syukur je laa..!!

ohhhhh....kita dah mula kehilangan golongan yang pernah berperang dengan jepun...dalam 20-30 tahun lagi, golongan yang pernah bersua dengan jepun akan pupus, dan dalam masa 50 tahun dari sekarang, hampir mustahil untuk berjumpa dengan mereka yang pernah mendengar laungan merdeka buat kali pertamanya..

dimana silapnya??

apa yang kita buat ketika merdeka..31 ogos tiap2 tahun...duduk rumah, tengok tv, adalah cerita patriotik sikit..pastu..habis.

yang pergi dataran merdeka pun sebab...saja nak jalan2...ada la yang nak tngok perarakan semua...tapi perarakan apa??? tiba dalam perarakan ada jabatan telekom malaysia, pusat kutipan zakat...tak ke pelik bunyinya???

PERARAKAN MERDEKA PATUTNYA PATRIOTIK!!!! HANYA UNTUK ASKAR, VETERAN2 PERANG, KERETA KEBAL, PARA, KOMANDO, TIME NI LA KITA KENA TUNJUK DEKAT PENDUDUK MALAYSIA... KITA ADA PEJUANG SEBENARNYA....YANG TAK PASAL2 MASUK TARIAN KEBUDAYAAN KENAPA????

veteran askar kita tak ramai, mereka belum lagi boleh berbangga jalan2 pakai baju celoreng pakai medal banyak2 dekat baju, bangga yang diorang pernah jadi askar dahulu...



dekat dataran merdeka kalau nampak pakcik2 macam ni...pakcik gila ke pakcik??

moral of story:

selepas england kalah dengan germany, pedih di hati tak terubat lagi..
portugal pula dihukum sepanyol ...
wakil asia, jepun, kecundang juga akhirnya..
akhirnya,,,tinggal belanda menjadi sokonganku sehingga hari ini....

england,portugal,jepun, belanda....macam pernah dengar je kan??

tak perlu senjata beribu, peluru berjuta, cukup hanya dengan kau wahai jabulani...

apabila kita leka, sentiasa yang ada untuk menghukum kita..

Thursday, July 1, 2010

Parsi 1000 ac vs Malaysia 2000 ac


prince of persia: sand of time ..ternyata sebuah filem mengarut yang dapat ditonton menjelang 2010.... olahan cerita yang menarik berakhir dengan ending bodoh di mana sebenarnya hero tu dah tekan siap2 pisau sand of time tu di awal filem bermaksud sejam++ cerita tersebut hanya ilusi hero terbabit...

tapi apa yang menarik??

Dastan(hero citer ni) merupakan seorang anak angkat raja... di "angkat" ketika lari dari askar rajam ketika itu, dastan berumur 6-7 tahun mungkin, kerana tertawan dengan aksi dastan ...raja bersetuju mengambil dia menjadi anak angkat...bla..bla..bla..bla... last sekali dastan kahwin dengan tamina.. habis..\

walaupun cerita mengarut, namun masih mustahil lagi dibikin oleh pengarah2 atau producer2 filem malaysia..

diawal cerita memaparkan dastan ini anak terbiar, tiada ibu tiada ayah, bermain di pasar bersama rakan2 sesuka hati...kerana ketangkasan dia berlari, akhirnya menjadi anak angkat raja juga salah 1 ketua angkatan tentera parsi (kut)

kejadian2 ini mungkin terjadi 1000 tahun lepas..

di dlam AL-QURAN pun ada menceritakan kisah nabi musa...di hanyutkan di sungai nil, akhirnya menjadi anak angkat firaun..

so...cerita prince of persia ini..MUNGKIN akan jadi 1000 tahun dulu..

2000...2010 lebih tepat..
-bagaimana nasib anak yang kini lahir kebanyakkannya luar rahim...??

antaranya tong sampah, toilet bowl cangkung, tangga belakang masjid, lorong belakang kedai dan tidak lupa juga sarang biawak

jika 1000 tahun dulu, mereka2 ini masih mempunyai masa depan yang cerah andai tiba2 muncul di depan raja pada masa dan tempat yang sesuai ketika raja datang melalui pasar untuk pulnang ke istana kediaman...

namun kini???
jika anda merupakan anak terbuang..ini mungkin terjadi..

-membesar tak tau jadi apa
-kemungkinan bernafas 1-4 jam selepas itu terus beredar ke alam barzakh
- andai di pergunkan oleh sindiket, anda akan di pergunakan untuk meminta derma di restoran2 ketika orang lain makan..
-pendidikan yang susah kerana tiada siapa nk support
-kasih sayang??? apa nak bagi
- belum ada anak luar rahim yang jadi perdana menteri lagi...( nak kerja kerani pun tak lepas)

bila besa??
-nak kahwen susah, jika anda seorang wanita..berbinti kan abdullah...harapan la mak mertua nk terima
-kalau nak belajar??? nak cekau mana scholar?? ptptn pun maybe x dapat, sapa nak jamin??
-usia tua(kalau sempat)...dihabiskan di rumah orang2 tua (benda ni pun terjadi kepada ibu bapa yang melahirkan anak biawak)

senang cerita..di Malaysia kini...andai anda merupakan anak luar rahim....kehidupan prelife,life, postlife anda amat sukar di bayangkan..

sistem kini menyebabkan jika anda anak luar rahim, maka tiada makna lagi lah anda hidup

mungkin 1-2 tahun lepas orang jumpa anda , orang masih lagi menjaga nada,
comel~~ mungkin...
tapi lepas 20-30 tahun....celah mana kau nk cari orang nk jaga kau??

moral:
alangkah indahnya hidup anak2 luar rahim yang hidup di parsi 1000 tahun dahulu, bukan sahaja kuat, malah berpotensi menjadi anak dan adik raja...dan kahwin dengan puteri raja... happily ever after..

jika anda lahir di malaysia 2000 ac..berbaloikah anda untuk terus hidup..

mungkin 1 hari malaysia akan ada prince of persia...