Wednesday, May 12, 2010

maka benci jawapanya..

aku punya kawan...
aku sayang dia...mesti la sebab dia kawan aku..
tanpa dia...hidup ku haru biru..

aku punya kawan..
riang dihati sukar di kata
ketika aku bersamanya..
hidup aku amat gembira..

aku punya kawan
yang dahulunya andai dia menangis..air turut mengalir dari liang mata ini
andai dia yang sedih..aku cuba mengukir senyum dia hingga ke pipi..
andai dia gembira....gembira lah aku untuk berkongsi.

aku punya kawan
yang susahnya adalah bebanku..
yang payahnya turut ku mahu.
andai marahnya...biar saja ku yang tahu..

aku punya kawan
hidup ini banyak yang diubahnya..
di tunjuk jalan terang ketika jalan ini gelita..
dunia aku penuh gembira..

aku punya kawan..
yang sanggup menemani aku makan ketika dia berpuasa..
sanggup bersusah ketika aku gembira..
menahan marah ku ketika apinya menyala..

aku punya kawan..
ya aku punya kawan..
ramai rakan dan taulan..
sejenak dia memang ku sukar lupakan..
kerana dia.... memang ku anggap kawan..

aku punya kawan..
buat dirinya dibenci...untuk bekorban
meminjam telinga..ketika mendengar bebelan..
kenapa aku bukan..

pada kawan ku di sana.... janganlah kau memenigkan kepala..misi mu sudah terlaksana.
akhirnya jawapan datang menjelma...sungguh, melupakanmu bukan benda biasa... namun andai itu dapat menjernihkan suasana...

maka benci jawapanya..

meminjam kata2 ella....hilangmu tiada berganti..

Friday, May 7, 2010

Bezita bukan saya

aku juga turut manusia..
bukan bezita berbangsa saiya..
punya lidah untuk berkata
punya hati untuk merasa..

senyum jarang terukir dibibirku,
bukan susah..ku rasa tak perlu.
andai itu menganggu hidup mu..
ku pohon maaf ,biar beribu..

marah itu mungkin dari api,
datang dari makhluk di keji.
memang salah empunya diri,
punya hati..unsurnya besi..

andai ku turut rasa hati..
mahu saja aku hayunkan kaki, terus berlari..
tapi ingat kata qusyairi..
kalau lari...masalah tak pergi

kadang masalah kecil datang menjenguk..
dunia ku sempit..semua terhantuk..
datang sahabat untuk mengetuk..
masalah tak selesai dengan mengamuk...

kalau nak tahu kerasnya hati,
tunggu masa, iakan diuji,
mungkin bukan hari ini..
bila datang, siaplah diri..

terima kasih sahabataku..
susah dan senang..kau tetap di situ..
moga tuhan membalas jasa2 mu..
hingga ke lahad...я помню.

kadang2 lebih baik ketawa..
dari berkata kenapa tak bahagia..
mungkin ini 1 petanda...
tanda kurang ingat padaNYA..

mungkin bezita dari planet namik.
namun aku manusia, punya turun dan naik..
kadang suka buat benda yang pelik..
andai ku jatuh..tolonglah tarik..

kepada sahabaku..