Saturday, June 6, 2009

Manusia tidak sempurna, Kesalahan dilakukan sentiasa...

Bas berlalu dengan perlahan,
Metro bergerak dengan pantas,
Terfikir idea semasa di kedutaan,
Menaip segala yang terlintas.

Jalan jauh mencari rezeki,
Dari Yugo sampai ke Arbat,
Kelibat makcik mempromosi "ruchki",
Rakan tertarik terus berminat.

Sesampai sahaja di Arbat,
Kerja dimula tatkala senja,
"Ruchki" menarik sangatlah hebat,
Lasernya sampai hingga ke sana.

Pabila bulan menelan sang suria,
Duduk sahaja berlantaikan punggung,
Tetapi sayang, disalah guna,
Membuat yang lain rasa tersinggung.

Ucapan maaf didahulukan,
Mungkin ia tidak mencukupi,
Segala ketidakpuashatian di alu-alukan,
Dari hamba yang hina ini.


Nota: "Ruchki" ialah pen dalam Bahasa Rusia :)

2 comments:

  1. gle ah smpai post kt blog..
    alaaaa..
    mende kecik jew..
    tapayah hard feelings ah bro..
    cheers~~

    ReplyDelete