Tuesday, February 1, 2011

pengajaran dari mesir.





sedia maklum, mesir sekarang tengah huru-hara...

gara2 pemerintah yang kejam, rakyat dah suruh turun pun gagah gak nak memerintah.... peristiwa ni berulang2...

dulu, shah iran pun gagah jugak, masa tu, parsi(iran) mempunyai tentera ke5 terkuat kat dunia dan baru menyambut ulang tahun 2500 tahun...gila apa 2500 tahun family dia j memerintah parsi tu...tapi ketentuan Allah....jatuh juga akhirnya shah iran...

rusia pun sama, revolusi bolshevik memaksa keluarga romanov yang juga baru menyambut ulangtahun ke 300 dinasti romanov berundur dari takhta sebelum dibunuh pada tahun 1917..

perancis.....harga yang dibayar oleh keluarga diraja untuk 1 revolusi adalah dengan kepala raja louis ke16 dan permaisuri marie antoinette di penggal 1793...

dimana2 pun sama, tidak kira setinggi mana berkuasa, ketentuan Allah di luar pengetahuan kita....

setinggi mana pun seorang pemimpin, semewah mana pun raja,1 ketika tatkala rakyat mula jelek dengan sikap kuku besi dan rasa penuh tidak bersalah menghabiskan duit rakyat....raja pun tunduk juga...

ciri2 raja diatas semuanya sama..
1) berasal dari monarki yang dah lama sangat memerintah
2)membenci rakyat mereka dan rakyat juga membenci mereka
3) harta kerajaan buat harta sendiri
4)mempunyai isteri,tapi sayang.... isteri ini yang membuat mereka lebih dibenci..si isteri hanya tahu berbelanja tak ingat dunia, beli baju berkereta2,namun duit milik rakyat jelata,harga dibayar dengan air mata..

beza mereka dengan khalifah.....??
khalifah menolak diri mereka menjadi raja,

umar abd aziz menitik air mata ketika mengetahui dirinya menjadi khalifah, bajunya hanya 1 dan hanya dibasuh pabila hari jumaat dan dibiar kering sebelum pergi solat jumaat, pada waktu lapang..dia juga membantu isterinya di dapur..

mutassim mahu mengerahkan seluruh angkatan tentera yang dia ada apabila dia terdengar di satu tempat jauh ada wanita yang sedang di sakiti menyebut namanya..

salahudin al-ayubi kurang gemar senyum dengan alasan...bagaimana harusku senyum, jerusalem masih ditangan kristian dan yahudi

namun dimesir sekarang kian parah...dikelilingi negara islam, namun tiada siapa membantu, yang tahu hanya mengambil rakyat sendiri dan blah...
orang arab sangat gah pakaianya, jubah mereka mahal2 belaka,tapi sayang..mereka terlalu cintakan dunia

khalifah....
jikalau kau ada..tentu kau mendengar tangisan wanita dirogol di iraq sana..
malam kau tak dapat lena terfikir apa yang dimakan kanak2 di gaza..
hatimu gundah terfikir banduan islam di guantanamo dan abu gharib diseksa..
akal mu diperah hendak menawan israel durjana....
takut mu dihati menerima harta rakyat jelata..
matamu basah,memikir jawapan hendak diberi nanti diakhirat sana..
hayunan pedangmu pantas memotong mereka yang mengambil hak saudara kita..
di hatimu akhirat, ditanganmu dunia..
tugas khalifah kau merasa beban, tak pernah kau berbangga..
tubuh kau kuat,hendak menawan dunia..

wahai khalifah...bila kau kan tiba???

1 comment:

  1. pemimpin yg mementingkan lingkaran masing-masing,hinggakan ramai yg teraniaya..raja-raja dan si dia yg memegang cemeti itu akn mengekang kebenaran bg mngekalkan kekuasaan mereka..spttnye rukuk dan sujud kerana merasai, bukannya kerana disuruh atau diberitahu oleh org laen..mungkin kita semakin tekstur dlm ibadah, hinggekan tak meresap sesempurna yg mungkin dlm cara hidup..mesir, dendam dan amarah rakyat tak ttanggung lg..

    ReplyDelete