Tuesday, December 21, 2010

saya teringat akan kamu dan kamu..


mungkin tajuk ini agak lain bunyinya , namun dijamin tiada adanya tajuk ini berkaitan dengan seseorang mahupun hamba Allah yang lain..



berada di bumi moscow ini membuatkan diri kadang-kadang teringat akan mereka.

semestinya family adalah yang terutama.

namun mereka- mereka ini juga adalah sebahagian diri ini..

andai yang selalu berjumpa masih rindu apatah lagi yang jauh entah dimana. masih wujud ataupun tidak siapa yang tahu...



yang no 1.

haha.. yang ini paling dirindui antara mereka semua.. menatang nie kalau kena dengan tempoyak memang meletup... tapi kat sini memang beruban la kalau nak cari..

yang no 2






yang ini adalah saudara kepada yang no 1.. memang sedap kalau kena dengan sambal belacan pastu perah asam limau skit kat atas.... haha..


adverse effect no 1 dan 2..

1. apabila anda bercakap , kurangkan jarak anda dengan rakan- rakan anda , kerna takut di pandang serong.

2 andai selepas beberapa jam anda makan no 1 dan 2 dan anda menggunakan tandas (buang air kecil).gunakan air secukupnya untuk menghilang tinggalan radioaktif yang berbahaya, jika tidak pasti terdengar

" woi sapa pakai bilik yaq nie, bau haring sgt aih"

yang no 3



yang ini kalau dimasak lemak dengan udang rimau.. amatlah nikmat rasanya.. ( terliur sambil menulis)..

sedapynya memang tak terkata. andai kfc dinner plate di kiri dan masak lemak belimbing buluh di kanan. automatiknya yang kanan terus dipilih..

bila makan konfirm tak tengok lauk lain dah..


yang no 4


ini adalah antara ulam yang diminati.. kalau dulu secekak 5 kupang. la nie secekak dekat 2 ringgit pon ada.. kalau dulu pucuk paku nie tgk kat tepi rumah buat bodo ja.. la nie pakat berebut nak jual kat pasar tani..

menatang nie kalau buat kerabu dengan udang tak pon dengan kerang... memang masyyyyuuukkk..



yang no 5


yang ini namanya rebung.. ianya amat di minati oleh kaum ibu sebelah ibu dan bapa.. kenyataan ini amat bersangkut paut dengan tuan penulis ini...

" ceq!! mak teringin nak makan rebung la, ceq pi tolong tengok kat tepi sungai sat"

" awat x pi beli ja mak?" tanya anak dengan muka meminta ihsan

" nak pi buang duit buat pa, kat sungai tu berlunggok"..

hahaha..
cam na pon last sekali mesti aku yang kena punya la. tapi tak pa.. untuk mak sndri kot..

yang n0 6





mereka semua di klasifikasikan sgerombolan kerna mereka semua mendiami habitat dikawasan sungai belakang rumah "mak wan".. hahaha

memang syok kalau dok maka depa..

" mak wan!! nak buah remia boleh dak?"

" amek la wang oooo kalo mu leh kait wak tughun"

tersenyum aku..

yang no 7

nie nama dia buah rokam..
dah lama dah tak jumpa buah nie.. rasa dia masam manis,.. tgk buah jugak la..

ada sekali orang rumah mengidam nak makan buah rokam.. jenoh melompat laki dia pi cari.. pi cari merata. risau takut tak jumpa meleleh ayaq kiuq anak nanti..

tapi nasib baik la jumpa..


yang no 8




nie nama dia buah kelubi.. bukan buah salak.. buah salak muncung dia lain sikit.

sekali lagi diperingatkan yang ini adalah buah kelubi..

dulu ada seorang member dengan kawan dia( cina ) dari KL.. saja mai kenduri member.. alang2 mai kedah dia mai tidoq rumah aku..
nak kata ada rezeki dia , ada la buah kelubi dok tergantung dekat bangsal rumah aku..
dia amek pastu 'ngap' terus..

3 saat selepas itu.

"asal buah salak nie lain je rase?" kata member aku yang cina tu

tok aku yang ada kat situ pecah perut gelak.

pastu dia jawab "yang tu bughok kot, pa hang pi ghasa sebiji lagi"

member aku pon layan , 'ngap' lagi sebiji.. terus senyap.

lalu konklusinya dari member cina aku nie

" orang kampung tak pandai tanam buah 'SALAK' , rasa dia masam dan kelat sikit"

hahahahaha.. ( harap awak sedang membaca wahai apek)..



yang no 9


ini buah sukun

rasa dia memang sedap..
kalau time hujan ada cucoq sukun , pastu kena pula kopi cik nah. memang syok..

tapi bila makan banyak - banyak pon bahaya jugak.

" Yum!!, mai urut tok wan sat, lenguh ngat aih badan nie "
"nie tok hg punya pasai la, yang dia jamu aku cucoq sukun buat pa"

adverse effect
1. sakit urat,

yang no 10

ialah sejenis menatang yang sedap di buat masak lemak dengan nenas..
ingat lagi time kecik- kecik , balik ja sekolah terus tukaq baju..
naik gerek pi bendang tok wan..
nak pi cari siput nie la.. dari pukol 4 smpai maghrib dok pi cari siput nie. kadang2 smpai azan maghrib baru nak reti nak balik..

tapi
balik ja rumah terus kena balun dengan tali pinggang la.. sebab balik lepas maghrib pastu dengan baju berlemoih dengan selut.

tapi bila mak tengok siput penuh seplastik, terus senyum smpai ke telinga..
tapi tali pinggang mesti kena..
hahaha.


kalau dulu siput nie tidak bernilai kot , tapi la nie dekat pasar tani mahai x beragak..



sekian saja kali nie..

sebenarnya banyak lagi benda yang diinginkan ada di moscow nie.. tapi tak pa la..

kita berpegang pada prinsip

"masuk kandang lembu makan rumput, masuk kandang monyet makan pisang"



3 comments:

  1. damn...haha
    meleleh dowh air liur bace post ko...
    aku bace half je,then terus g dapor..hahaha

    ReplyDelete
  2. wadie.. jom la balik mlesia.. hahaha

    ReplyDelete
  3. pergh tetiba jadik lapaq sbb bc entry ni.:)
    tp plg suak pesanan last sekali masuk kandng lembu makn rumput..msk kndg monyet kn rumput.

    1st tyme dengar nih :)

    ReplyDelete