Monday, March 29, 2010

как обычно @ seperti biasa..

bangun pagi..buka facebook...member2 post...metro kena bomb!!

apakah metro????
sistem keretapi yang ada di kebanyakkan negara maju .... kemudahan yang sangat memudah kan penduduknya kerana tanpa metro... segala sistem yang ada di bandar tersebut berkemungkinan lumpuh..
senang cerita....keretapi j..


seperti hari2 biasa...manusia bergerak menaiki metro seawal pagi..menuju ke destinasi masing.... namun bukan harini..

2 letupan kuat yang berlaku di stesen metro lubyanka dan disusuli dengan park kulturi memecah keheningan pagi....



yang merah+brown...yang itu park kulturi
yang merah+purple..yang itu lubyanka.

berbalik kepada peta tersebut....park kulturi dan lubyanka masing2 terlatak di utara dan selatan di antara mereka terdapat bangunan kemegahan penduduk moscow...kremlin...

mengikut perkiraan yang di lakukan..ini adalah kes ke 5 dan ke 6 metro d bom di moscow..

pemilihan tempat bom ini bermungkinan kerana ianya strategic.....(pagi2 serius ramai)
termasuklah tuan punya blog yang hari2 boleh dikatakan terpaksa melalui lubyanka..

persolan hari ini.....kenapa kena bom???

confirm la bukan saja atau sekadar memnuhi masa lapang pengebom tersebut
(tak ada nya orang bodoh nak bom sampai 36 orang mati)
apa modus operandi beliau...

dikatakan bahawa si pelaku ialah seorang perempuan yang beragama..islam...
meletupkan diri sejurus metro tiba di stesennya...dalam pukul 7-8...
(pada watu ini....memang confirm metro gila punya ramai)

aku pun dah naik cuak naik metro lepas ni..

ramnai orang yang post kat facebook.... kata..kesian kepada yang mati. kalaula mereka yang mati, tuhan n god bertaburan keluar di facebook di tulis mereka..

tapi.... kenapa yang bom, bunuh diri, hostage, pengganas, puak pemisah, semua kena orang islam???? islam itkan indah???
tapi...kenapa semua watak2 vilain ni..semua islam...

mungkin sebahagianya ada orang yang bukan islam menyamr sebagai islam untuk membusukkan nama islam...tapi, kalau la orang islam yang buat..kenapa??

dengar cerita yang buatnya perempuan.... berani betul perempuan ni.... kira betul2 nekad... bayangkan...ko nak masuk mettro sebab nak pergi bunuh orang dengan kau2 sekali terbunuh....

dosa bunuh diri macam mana???
dosa membunuh orang awam yang x bersalah macam mana??
ada 36 org terbunuh....sure semuanya mereka yang berperang dengan jalan Allah??

dalam dunia yang islam tu dah sempit....kita sempit kan dia lagi...
kenapa mereka harus terima islam??? apa yang kita nak tunjukkan dengan islam??

susah untuk menulis...mungkin dia pun ada alasan dia kenapa bom...

ditanya kepada Rasulullah....siapakah yang berjuang dijalan ALLAH???
sabda baginda....orang yang berjuang seingga kalimah ALLAH menjadi tinggi...

denga apa yang kita buat, apa yang kita tengok.... berapa tinggikah kalimah ALLAH yang kita angkat???

tak pun..kita yang turunkan??

seperti biasa....kita selalu berserah...tapi tak pernah berubah..

No comments:

Post a Comment