Saturday, March 27, 2010

saya benci anda.. tapi nk buat macam mana?? anda kuat..

siapa yang aku benci ni???
semalam lepas balik kelas tiba2 aku rasa malas nak tolong qaiyum potong ayam untuk jualan hari ni...aku pun menyibukkan diri.. bukak facebook, BH, utusan, anwar ibrahim, mahathir..parlimen...dll..

aku pun boring...tapi nak tolong qaiyum malas..so aku pun bukak youtube...tengok video rossa, cantik gak dia ni kan..tpi aku tak tengok pun, denga lagu j, sebab qaiyum suruh potong ayam..

habis potong ayam..aku tergerak nak tengok sesusatu....aku pun tulis.."6 days war" dekat enjin carian youtube..

aktivti yang sepatutnya mengambil masa 4-5 minit untuk hilang kan boring dh jadi 50 minit.....walaupun macam orang tua sebab....sapa suka sejarah??...aku pun pernah cakap kat orang yang aku pun tak suka sejarah, abah aku pun tak suka sejarah...tapi, tak boleh tipu diri sendiri, aku memang suka sejarah.

berbalik kepada 6 days war....aku kagum.......kagum gila dengan ISRAEL!!! bagi aku memang power la negara ni....dulu aku ingat kalau kata la negara arab banyak2 tu pergi attack israel mesti israel parah punya...namun, baru aku tahu...power gila negara ni...

berkongsi sedikit dari documentary tersebut..
- perang ni 6 hari j , 5-11 jun 1967
- ada 4 negara attack israel....ya, bukan 1....tapi 4!!!!!!!
(agak2 la kan..kalu ada sorang tu boleh lawan dengan 4 mamat russia yang lagi besar dari dia...dia ni hebat ke x???)
-israel kena attack dengan mesir, jordan, syria n iraq

memang power habis negara ni....
secara ketenteraan dia..apa yang israel buat??
- hanya merosakkan semua run away yang ada kat airforce base mesir
(dah run awy rosak, kau nak terbang macam mana??)

-menerapkan disiplian minum air setiap 1 jam 1 liter semasa training
(serius!! ni memang berkesan, banyak askar mesir mati sebab dehydration..kenapa?? sebab diorang bertempur 200 km ketengah gurun sinai....jadi, bila israel dah attack habis semua source dia....tentera mesir kena JALAN KAKI 200 KM!! balik semula ke mesir tengah2 gurun tu...(purata sehari seorang askar boleh hilang 21 liter air dalam badan dekat tengah gurun tu...).... so..siapa yang tak mati kan??

-terbang serendah 100 kaki dari paras laut semata2 tak nak di kesan radar syria

-kesemua pilot israel dah tahu nak attack apa...diorang training hari2..

-mempunyai peta laluan kereta di tengah2 gurun
(sapa nak buat peta kat gurun????? bodoh tak??....gurun tu dah la gurun mesir...contoh: macam orang malaysia ada peta laluan kapal laut thailand..nak buat pa kan???
tidak.... israel memang pandai, dengan ada peta lalu kereta beroda tu, dia boleh pergi ke mana sahaja kat gurun tu dengan kereta( ok lakan berbanding mesir jalan kaki).... dan diorang pun boleh attack mesir dari tempat yang mesir tak bajet..
(orang gila je yang bawak kereta tengah2 padang pasir... tapi orang gila ni yang menang)

-seorang ajen 008 israel (macam james bond la) masuk ke syria dan jadi seseorang yang tinggi di sana..
(tapi last2 kantoi dan kena gantung, apa yang menariknya,.... seorang pegawai tinggi syria tanya dia macam mana nak bagi tempat berteduh kepada semua tentera syria yang berperang dekat tengah2 gurun tu,, dia pun mencadangkan agar menanam pokok di sekitar kawasan kubu syria supaya askar dapat berteduh... secara tak langsung, israel pun tahu mana nak attack....attack je la dekat kawasan ada pokok..sah2 la askar syria ada kat situ)

banyak lagi boleh dapat kalau tengok documentary tu... siapa2 yang suka sejarah mmang kena tengok...tapi tu la, sapa yang nak tengok sejarah mesir kan??? takda kena mengena dalam hidup...

persoalan kenapa askar 4 negara tak boleh mengalahkan israel terjawab di video terakhir documentary ini...

dengan apa yang kita ada, apa yang kita mampu.... hendak menawan israel adalah mustahil...

1 comment:

  1. insyaAllah akan sampai waktu tu,,
    muslim ilusi mmg lebih goyah dari kafir realiti..
    seperti hilangnya umar abd. aziz, munculnya mehmed el-fatih,..
    ..i.A
    =)

    ReplyDelete