Thursday, November 4, 2010

kubur lain-lain, so jaga kubur sendiri dah la.

"kejahatan dan kejahilan nie dah sebati dalam diri aku"
"dah meresap dalam darah so buat macam mana pon memang akan jadi jahat juga"
"kalau nak bertaubat pon dah payah"
kata seorang sahabat.




bila di fikir tentang jahat dan jahil adakah mereka "congenital disease"?
faktor keturunan?
adakah tiada penawar bagi penyakit ini?
sudah habiskah idea para saintis dan bijak pandai zaman moden ini untuk mencari penawarnya?

andai kata tiada penawar mengapa ada insan yang mampu sembuh?
di manakah pusat rawatannnya?
berapakah bayarannya?

tapi ramai tak sedar yang penyakit ini simptomnya terselindung.
kalau ada rezeki nampaklah simptomya kalau tidak memang tiada rezeki la jawabnya.

belajarlah dari kesilapan orang lain..

" tak payahlah nak sibuk hal orang lain, jaga kain sendiri sudahlah"
kubur aku bukan hang yang nak gali"kata saya.

sahabat yang menegur terkejut tergamam seketika. terkesima mungkin. lalu terus meninggalkan diri yang jahil ini.

diri ini masih seronok dengan apa yang ada. tiada apa yang perlu dirisaukan.

duit setiap bulan masuk.
nak kata makan tak cukup , mustahil!!!
kelas tak pernah miss.
homework siap, tiru tu lain cerita yang penting siap.
bersukan semestinya, baru la badan sihat kalau tak nanti badan tak smart..
exam selagi tak gagal, ok la..

kalau cuti sekolah la yang paling seronok.
jumpa "sahabat" baik..
sahabat yang membawa aku ke jalan yang "benar".
jalan yang tak mudah di fahami orang lain.


bak kata orang " hidup gua dah perfect la"

namun ada satu peristiwa yang menyebabkan hati ini tersentuh.

hilangnya sahabat "sepejuangan " di depan mata membuka hati ini..
hilangnya di pangkuan sahabat ini.
di pangkuan sahabat 'seperjuangan'
sahabat berkongsi suka dan duka.

kehilangannya membuat saya tersedar.

manakah tujuan hidup ini.
adakah sekadar kepuasan duniawi.

adakah cukup menjaga zahir?

makan cukup
bersukan cukup
tidur cukup
duit cukup.
hati puas.
tak puas hati kita setel.

namun dalaman tidak terjaga

hati terabai.
sembahyang tunggang langgang.
dulu dah pernah mengaji quran so sekarang tahu baca cukuplah, tak payah nak ulang banyak kali.

malam tu saya tengelam dalam air mata.
bongkaknya saya kerana melupakan Pencipta kita.
namun DIA x pernah melupakan diri yang hina ini.
sedang DIA lah yang menjaga dan memiliki kita.

"sahabat"

sebenarnya ubat jahat dan jahil itu hanyalah dengan "penjernihan jiwa"
yang perlunya masa dan kehendak.
payah tak bererti mustahil.
kalau mustahil mengapa ada yang sembuh sepenuhnya.




*Terkadang ada rasa risau di hati apabila orang memandang diri kita ‘sedikit elok’ dari yang lain sedangkan dalam hati ini penuh dengan karat-karat jahiliyyah…










0 comments:

Post a Comment