
kisah si hitam dan si putih...
mari kita ke dunia fantasi sebentar...
bukan senang menjadi si putih.. dan bukan senang menjadi si hitam..
dan bukan senang utk hitam menjadi putih dan putih menjadi hitam...
tidak semestinya yg putih akan senantiasa putih dan yang hitam akan kekal hitam..
sudah menjadi lumrah permainan alam
" sekali ombak berlabuh maka berubahlah melodi pepasir di pantai"..
kadang kadang..
bila si putih tercalit setitik dakwat hitam... mulalah mulut yg laen berbunyi " si putih ada titik hitam la"..
dan
jika tiba tiba si hitam tercalit setitik putih di badan.. mulut yg laen berkata
" gila la, si hitam dah nk jadi putih"..
tapi itulah hakikat kita.. nampak yg kontra sahaja..
andai kata putih tercalit putih dan hitam tercalit hitam... tiada yg sedar gamaknya..
di mana mulut yg bising itu tatkala hitam menjadi semakin hitam dan putih bertambah putih..
mengapa tiada yg mempersoalkan...
mengapa bait bait perkataan yang diungkapkan berubah melodinya..
" si hitam tercalit titik hitam la"..
"biasa la tu kalau hitam tercalit titik hitam"
"tapi kan senang kalau jadi setengah hitam dan setengah putih?"
"kelabu?"
tapi bila difkirkan kembali mahukah kita menjadi kelabu?
tidak tahu di mana nasibnya kita..
nasib baik putihlah kita, tersilap langkah hitam gamaknya...
persoalannya mengapa setitik warna yg menjadi kontra itu yg menjadi buah mulut??
cuba kita renungkan..
kita kembali ke dunia realiti...
kita selalu membandingkan org yg sering terlibat dengan aktiviti keagamaan sebagai baik.. dan org yg bnyk membuat kejahatan sebagai jahat..
saya tidak mengatakan ini salah.. namun realiti kehidupan sememangnya begitu..
mudah benar diri ini melabel insan yang laen..
bumi yang mana tidak ditimpa hujan????
bila insan yg di gelar baik ini tersalah perbuatan mahupun bicara, betapa bnyk mulut yg berbunyi..
kesian si dia yang di gelar baik.. di hentam habis habisan bagai di landa ribut nan petir..
"tu dia , pakai serban macam pak haji, tapi lepak jugak kat kedai kopi"
tapi bila si jahat ini semakin jahat..
" biasa la dia tu,, dah memang macam tu.."
"tegor pon x guna jugak, klau dah jahat, jahat jugak"
cuba kita renungkan.
tak salah andai si hitam menjadi si putih dan tak mustahil untuk si putih tercalit sedikit kekotoran...
siapalah kita untuk me'rating' orang lain.. fikir-fikirkan.
0 comments:
Post a Comment